Friday, 5 December 2014

Surau Al-Madaniah USJ 18 | Homestay Main Place USJ 21

Surau Al-Madaniah USJ 18 | Homestay Main Place USJ 21 


Petang tadi ketika dalam perjalanan untuk balik ke Shah Alam, terdengar suara azan daripada handphone yang menandakan masuknya waktu solat asar....tanpa di sedari kereta ini terus sahaja menuju ke arah Surau Al-Madaniah  USJ 18 yang terletak lebih kurang 500 meter daripada Main Place Residence.

Semasa keluar daripada dewan solat, saya terpandang poster di papan kenyataan berkenaan cadangan pembinaan Masjid Al-Madaniah untuk menggantikan surau yang sedia-ada. Cadangan pembinaan dijangka menelan kos sebanyak RM15.7 juta lengkap dengan dewan solat, dewan serbaguna, pusat sumber, kafeteria dan kuaters pegawai masjid. Di sini saya lampirkan beberapa gambar yang saya ambil daripada laman sesawang almadaniah.com/masjid yang khas dibina untuk tujuan wakaf khas pembinaan masjid tersebut. 

wakaf almadaniah homestay main place usj21
Poster Wakaf Khas Pembinaan Masjid Al-Madaniah

Surau Al-Madaniah


Pelan Persfektif 
Masjid Al-Madaniah
Pelan Rekabentuk Masjid Al Madaniah Homestay Main Place USJ 21

Pelan Rekabentuk Masjid Al Madaniah Homestay Main Place USJ 21

Pelan Rekabentuk Masjid Al Madaniah Homestay Main Place USJ 21

Sesiapa yang di berikan Allah swt kelebihan rezeki bolehlah berwakaf untuk pembinaan masjid ini kerana harta yang kita infaqkan atau wakafkan itulah sebenarnya harta kita......yang di dalam simpanan itu belum pasti kita punya. Kepada sesiapa yang berhajat untuk berwakaf boleh sahaja terus singgah di surau ini yang menyediakan tabung wakaf yang "agak besar" di depan pintu utamanya.

Surau Al-Madaniah ini sebenarnya telah mendapat kebenaran daripada JAIS untuk mendirikan solat fardu Jumaat untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar USJ17, USJ18 & USJ20  dan mereka yang bekerja di USJ19 & USJ21.

Kemudahan ini sebenarnya merupakan suatu kelebihan kepada HomeStay Main Place USJ21 kerana memudahkan tetamu homestay kami yang ingin mengerjakan solat fardu Jumaat. Sekiranya anda memerlukan homestay yang selesa dengan harga yang berpatutan di kawasan USJ, anda boleh menghubungi kami di talian 016-229 6067. 



Wednesday, 3 December 2014

Mee Goreng USJ | HomeStay Terbaik USJ

Mee Goreng USJ | HomeStay Terbaik USJ


Bila bercerita pasal mee goreng mamak ni mesti terlintas di minda Mee Goreng Pokok Ceri di Butterworth, Pulau Pinang....mana tak nye, dah pusing satu Semenanjung, masih belum jumpa lagi mee goreng se"POWER" yang ada kat sini. Yang specialnya, bila dah siap goreng, mamak ni akan letak sambal sotong, daging & paru yang telah di masak berasingan kat atas mee tadi sebelum dihidang. Macam ni punya power, towkey kedai tak perlu "mandrem" untuk tarik pelanggan.....pelanggan beratur nak order sama macam nak makan nasi kandar kat Kudu Jalan TAR.



Yang tu cerita kat Penang, kat USJ pun ada juga mee goreng mamak yang delicious, cuma tak sehebat yang penang punya.....geng futsal USJ 10 panggil Mee Goreng Hussin Lempoyang, bila ditanya mana dapat nama tu, masing-masing pun tak de jawapan yang bernas....Hussin lempoyang ni bukan ke ada satu watak dalam salah satu filem arwah Tan Sri P Ramlee?

Satu persamaan antara keduanya ialah "pokok cheri"..... kat Penang nama kedai pokok cheri manakala kat USJ operasi perniagaannya kat bawah pokok cheri, guna lori je, kat situ la dia memasak sekali dengan tempat buat cendol dan lain-lain minuman....














Sekarang di samping beroperasi di sini, towkey mee goreng USJ ni dah buka restoran jual mee goreng dan lain-lain makanan di Jalan USJ 21/10 berhadapan dengan Main Place Shopping Mall. Walaupun kualiti dan rasanya tak berubah, aura dan persekitaran pokok cheri tetap menjadi pilihan peminat mee gorengnya walaupun persekitarannnya agak panas....



Restoran ini juga sering dikunjungi oleh tetamu menggunakan khidmat homestay kami yang beroperasi di Main Place Residence samada untuk makan tengah hari atau makan malam. Sekiranya anda memerlukan homestay yang selesa dengan harga yang berpatutan di kawasan USJ, anda boleh menghubungi kami di talian 016-229 6067.  







Sunday, 30 November 2014

Mee Rebus Tulang di USJ Subang Jaya

Mee Rebus Tulang di USJ


Dulu-dulu masa menyewa pejabat di Plaza Damas, Sri Hartamas sering juga makan mee rebus tulang kambing di Kedai Uncle Don tu....memang keenakkannya dan kelazatannya seolah-olah kita berada di Restoran ZZ yang terkenal di Johor Bharu. Namun sejak berpindah ke Shah Alam sejak 5 tahun lepas, belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Plaza Damas ni, apatah lagi nak menikmati mee rebus tulang kambing Uncle Don yang terkenal tu.....

mee rebus tulang restoran rivaayat homestay main place residence


Namun, baru-baru ni ketika hendak makan tengah hari di satu restoran di USJ 21 saya terpandang seseorang tengah menikmati mee rebus tulang ni dengan penuh perasaan. Apa lagi, tanpa berfikir panjang saya terus memesan makanan yang sama....hasilnya apa yang anda dapat lihat di atas. Ternyata kelazatannya dan keenakkannya tidak ubah seperti yang terdapat di kedai Uncle Don, Plaza Damas. Restoran yang dimaksudkan kenali sebagai Restoran Rivaayat...selain mee rebus tulang, restoran ini juga menyediakan menu makanan Melayu dan India dan memang sesuai untuk seisi keluarga.


mee rebus tulang restoran rivaayat homestay main place residence


Lokasi Restoran Rivaayat ni berdepan dengan sebuah shopping kompleks baru di USJ Subang Jaya yang di kenali sebagai Main PlaceShopping Mall  yang mana di bahagian atasnya pula adalah 'serviced condominium' yang di kenali sebagai Main Place Residence.

mee rebus tulang restoran rivaayat homestay main place

Restoran ini juga amat diminati oleh ramai tetamu yang menggunakan khidmat homestay kami yang beroperasi di Main Place Residence ini untuk bersarapan dan makan malam. Sekiranya anda memerlukan homestay yang selesa dengan harga yang berpatutan di kawasan USJ, anda boleh menghubungi kami di talian 016-229 6067.  


Friday, 28 November 2014

Cheap homestay in USJ Subang Jaya | Main Place Residence

Cheap homestay in USJ Subang Jaya | Main Place Residence


If you are looking for cheap and value for money homestay services in USJ Subang Jaya.....HomeStay Main Place USJ21 is the answer. Suitable and comfortable for 4-5 adults and a few kids. Our rate is very competitive  for a two rooms unit that fully equipped with a queen bed for each room. 

cheap homestay in usj subang jaya


cheap homestay in usj subang jaya


cheap homestay in usj subang jaya


Contact us at 016-229 6067 for quires and booking...contact us now to avoid frustration as we have limited date available left for this school holiday.





HomeStay di Subang Jaya Yang Terbaik | Main Place Residence

HomeStay di Subang Jaya Yang Terbaik


HomeStay Main Place USJ 21 adalah salah satu homestay terbaik di USJ Subang Jaya buat masa ini. Ia beroperasi di Main Place Residence dengan keluasan sekitar 615 sq ft, 2 bilik yang dilengkapi dengan queen bed setiap satu. amat bersesuaian bagi keluarga dengan kapasiti untuk 4-5 orang dewasa dan beberapa kanak-kanak.

Menyediakan kemudakan lengkap 'serviced condo' dan juga shopping mall yang terletak di bahagian bawah kompleks bangunan ini. Shopping kompleks bertaraf 5 bintang ini berupaya memenuhi hampir semua keperluan anda sekeluarga daripada fesyen, buku, makanan, deko rumah, farmasi, permainan kanak-kanak dan juga gadjet elektronik.


homestay main place usj21


Temui kedamaian di persekitaran 'infinity swimming pool' di petang hari bersama keluarga dengan lanskap yang indah dan menarik di samping tiupan angin yang lembut dan mendamaikan di tingkat 8 bangunan ini.

infinity pool main place usj

Hubungi kami untuk info dan tempahan....kekosongan amat terhad bagi bulan December dan cuti sekolah ini.




Homestay di USJ Subang Jaya | Main Place Residence

Homestay di USJ Subang Jaya | Main Place Residence

Perkhidmatan HomeStay di USJ Subang Jaya kami beroperasi di Main Place Residence yang mana di bahagian bawah bangunan adalah shopping kompleks 5 bintang yang yang di kenali sebagai Main place Shopping Mall.

Main Place Residence menawarkan perkhidmatan "serviced condo" yang lengkap seperti gymnasium, kolam renang, padang bola keranjang, sauna, karaoke room, BBQ dan juga bilik komputer. Sebahagiannya telah siap sedia untuk digunakan manakala sebahagiannya lagi masih dalam proses menyiapkannya.

homestay di usj shah alam

Lokasinya amat strategik dan berdekatan dengan Shah Alam, Puchong, Putra Height dan juga Bandar Sunway. Lokasinya hanya sejauh 250 meter dari LRT Station, apabila ia mula beroperasi menjelang penghujung tahun 2015. Pelan lokasi Main Place Residence.

pelan lokasi homestay di usj

Sekiranya ada memerlukan khidmat homestay di USJ Subang Jaya yang boleh memuatkan 4-5 orang dewasa dan beberapa orang kanak-kanak.....ini lah jawapannya, anda tidak perlu menyewa 2 bilik hotel yang pastinya agak membebankan.

Hubungi kami di 011-3988 6164 untuk keterangan lanjut dan tempahan. 


Monday, 24 November 2014

Infinity swimming Pool | Main Place Residence

Infinity Swimming Pool | Main Place Residence

Salah satu tarikan dan keistimewaan HomeStay Main Place USJ21 ini ialah anda berpeluang menikmati kedamaian persekitaran kolam renang yang berkonsepkan 'borderless swimming pool'....yang mana salah satu sudut kolam ini direka seolah-olah tiada penghujungnya.

Tiupan angin sepoi-sepoi di tingkat 8 bangunan ini menjadikan kolam renang ini beralun dan sedikit 'berombak' seakan-akan anda sedang bermandi di tepi pantai....dengan kedalaman 1.5 meter sahaja di keseluruhan kolam, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak apatah lagi bagi yang telah dewasa.



homestay di usj subang jaya bandar sunway puchong putra heights shah alam


Hubungi kami untuk tempahan awal di musim cuti ini. Elakkan kehampaan.....





Monday, 10 November 2014

HomeStay di Main Place Residence USJ Subang Jaya

HomeStay di Main Place Residence USJ Subang Jaya

Lokasi perkhidmatan HomeStay kami adalah di Main Place Residence yang terletak di USJ 21 Subang Jaya. Ia adalah 'serviced condominium' 30 tingkat yang dibangunkan bersama dengan kompleks membeli belah bertaraf 5 bintang yang di kenali sebagai Main Place Mall di bahagian bawah. Di antara "anchor tenants" di kompleks ini adalah seperti Jaya Grocer Supermarket, Cotton On, UniqLo, Toys R Us, Popular Bookstores, Brands Outlet, Daiso, Mc Donald, Texas Chicken, Kemaman Kopitiam dan juga Starbucks.


homestay di usj subang jaya bandar sunway puchong putra heights shah alam

Unit kami terletak di Tingkat 21 yang mengarah ke keseluruhan pembangunan hartanah di USJ 21 dengan pemandangan yang mengasyikkan di waktu malam dengan  keluasan 615 kaki persegi dan mengandungi 2 bilik, kawasan dapur & meja makan di samping ruang tamu yang cukup selesa. Ia amat sesuai untuk 4-5 orang dewasa dan beberapa orang kanak-kanak.

Ruang tamu dan bilik tidur utama dilengkapi dengan penghawa dingin manakala bilik kedua dilengkapi dengan 'cooler fan'. Di ruang makan pula disediakan meja makan dengan 6 kerusi. Manakala di ruang tamu disediakan 'sofa bed', plasma tv dan pemain cakera padat beserta puluhan vcd filem Inggeris dan Melayu.

RUANG TAMU


homestay di usj subang jaya bandar sunway puchong putra heights shah alam

homestay di usj subang jaya bandar sunway puchong putra heights shah alam


homestay di usj subang jaya bandar sunway puchong putra heights shah alam



RUANG MAKAN

homestay di usj subang jaya bandar sunway puchong putra heights shah alam


BILIK TIDUR UTAMA & KEDUA

homestay di usj subang jaya bandar sunway puchong putra heights shah alam

homestay di usj subang jaya bandar sunway puchong putra heights shah alam

homestay di usj subang jaya bandar sunway puchong putra heights shah alam


BILIK AIR

homestay di usj subang jaya bandar sunway puchong putra heights shah alam

HomeStay kami mengutamakan keselesaan pelanggan, amat bersesuaian bagi mereka yang berkeluarga. Anda tidak lagi perlu untuk menyewa 2 bilik di hotel yang sudah pasti memerlukan budget yang agak besar.

KESELESAAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI....

Hubungi kami di talian 016-229 6067 untuk pertanyaan dan tempahan.




Saturday, 8 November 2014

Perkhidmatan Home Stay di USJ Subang Jaya

Perkhidmatan HomeStay di USJ Subang Jaya

Pihak kami menyediakan perkhidmatan homestay di USJ Subang Jaya. Lokasi homestay kami adalah di Main Place Residence yang terletak di USJ 21 Subang Jaya. Main Place Residence adalah 'serviced Condo' yang dibangunkan bersama Main Place Shopping Mall yang terletak bahagian bawah bangunan.


main Place residence


Main Place Shopping Mall adalah kompleks membeli-belah yang bertaraf 5 bintang yang menyediakan perbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan permintaan pengunjungnya. Bermula dari supermarket, fesyen, restoran & food  court, kedai sukan, khidmat kesihatan & kecantikan, kedai buku, hobi & permainan sehinggalah kepada perkhidmatan emenitis.

Di antara "anchor tenants" di kompleks ini adalah seperti Jaya Grocer Supermarket, Cotton On, UniqLo, Popular Bookstores, Brands Outlet, Daiso, Mc Donald, Texas Chicken dan juga Starbucks.

Lokasinya terletak di USJ 21 Subang Jaya Selangor dan berhampiran susur keluar plaza tol USJ melalui Elite Highway dan Lebuhraya Damansara Puchong [LDP].

Homestay di USJ Main Place Residence USJ21

HomeStay Main Place USJ21 menyediakan unit dengan jumlah keluasan 600 kaki persegi yang mempunyai 2 bilik, di mana kedua-duanya di lengkapi dengan Queen Bed dan berhawa dingin. 

Ruang tamu juga dilengkapi dengan unit hawa dingin dengan kemudahan TV dan pemain cekera padat. Ia juga dilengkapi dengan meja makan untuk 6 orang, peti sejuk, sterika, cerek elektrik dan 'water heater' di bilik mandi. Cukup selesa untuk 4 orang dewasa dan beberapa orang kanak-kanak.

Manakala kemudahan yang boleh diguna-pakai di Main Place Residence ini adalah seperti kolam renang, jakuzi, gymnasium, mini market, 'play ground kanak-kanak dan juga bilik komputer.

Di samping itu ia dilengkapi dengan kawalan sekuriti 24 jam dengan penggunaan 'access card' untuk ke tempat letak kereta dan Main Place Shopping Mall. Kondominium ini juga dilengkapi dengan CCTV yang dipasang di setiap lokasi strategik.

Hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan.