Tuesday, 26 May 2015

7 Pantai Tercantik Di Malaysia

7 Lokasi Percutian Pantai Yang Tercantik Di Malaysia

Menjelang cuti sekolah selama 2 minggu bermula 30 May 2015 ini, sudah tentu ramai di kalangan ibubapa yang bercadang untuk membawa anak-anak bercuti di pantai. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika bercuti di pantai seperti berkayak, jet -ski, snorkelling, scuba diving, aktiviti luncur air, bermandi pantai sambil melayan ombak dan "belayar" ke pulau-pulau berhampiran dengan bot yang kecil.......paling kurang anda sekeluarga boleh menikmati bayu lembut dan udara segar di tepi pantai, apatah lagi jika bersama keluarga sambil menikmati BBQ dan juadah lain sambil menenangkan minda.

Malaysia yang dikelilingi lautan mempunyai banyak lokasi percutian pantai yang menarik yang boleh dilawati bergantung sebanyak mana budget yang anda sanggup belanjakan. Tujuh [7] lokasi percutian pantai yang tercantik di Malaysia yang mana sebahagiannya telah mendapat pengikhtirafan antarabangsa seperti satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan juga dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.

1. Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang

Lokasi ini amat sesuai bagi yang ingin yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik. Pelbagai aktiviti pantai tersedia seperti berkayak, snorkelling, scuba driving sebagainya. Pernah diiktiraf sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.
Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort.
pulau tioman pantai tercantik di Malaysia



2. Pulau Sipadan, Sabah


Pulau Sipadan ini terkenal kerana menjadi sebahagian daripada “syurga penyelam” sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Manukun. Anda boleh membuat pelbagai aktiviti pantai di sini seperti berkayak, jet -ski, snorkelling, scuba diving dan aktiviti luncur air.
Walaupun terdapat isu-isu keselamatan iaitu gangguan lanun-lanun dari selatan FIlipina, ia tetap didatangi oleh peminat scuba diving kerana keindahan karang dan tumbuhan laut yang terdapat di pulau ini.
pantai tercantik di Malaysia


3. Pulau Perhentian Kecil, Terengganu


Pulau Perhentian Kecil mempunyai ‘Long Beach‘ adalah lokasi yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dengan "aset" di antara pantai tercantik di Malaysia terutama pemandangan indah ketika matahari terbenam. Pulau ini masih kekal asli kerana bot-bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Pulau ini juga telah digazet sebagai kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya.
Anda boleh "belayar" ke pulau-pulau berhampiran dengan bot khas yang boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Pastinya ia tidak akan mengecewakan jika anda bercuti ke pulau yang tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN.
pulau perhentian pantai tercantik di Malaysia


4. Pulau Mabul, Sabah


Pantai Mabul ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah pernah ada di Sabah dan anda dapat merasainya sebaik sahaja melangkah kaki ke pantai di sini.
Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot dan terletak di luar pantai tenggara Pulau Borneo. Pulau ini adalah permata sebenar Laut China Selatan....ia terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai pulau yang bebas kotoran untuk para penyelam.
pantai tercantik di Malaysia

5. Pulau Sapi, Sabah
Pulau Sapi terletak di luar pantai Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. 
Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang.
Pantai Tercantik Di Malaysia


6. Pulau Dayang, Mersing, Johor

Di kenali sebagai Pantai Pasir Putih kerana bersesuaian dengan pemandangan keadaan pantainya yang berpasir putih, lembut dan tidak tercemar. Amat sesuai untuk melakukan aktiviti pantai seperti bermain bola tampar dan bola sepak kerana pantainya yang luas dan rata. Di samping itu aktiviti pantai yang kain seperti berkayak, jet -ski, snorkelling, scuba diving dan aktiviti luncur air juga tersedia.
Aktiviti utama di sini masih diungguli oleh scuba diving dan memancing laut dalam terutama bagi emancing yang bercita-cita untuk 'menewaskan" ikan layar atau marlin.
pantai tercantik di Malaysia



7. Pulau Redang, Terengganu


Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang ini terkenal dengan 'long beach"nya yang panjang dengan pasirnya yang putih dan halus dan amat sesuai untuk berehat sambil menghirup udara segar dari Laut China Selatan yang terbentang luas. Ia juga amat bersesuaian untuk aktiviti renang.....walaubagaimana pun, kekurangan karang di persisiran pantainya menjadikan ia kurang sesuai untuk aktiviti "scuba diving".
pantai tercantik di Malaysia


Anda mungkin baru tersedar daripada 7 lokasi pantai yang tercantik di Malaysia di atas, tiada satu pun pantai yang terletak di sebelah barat Semenanjung Malaysia seperti Port Dickson, Batu Ferranghi dan Pulau Pangkor. Faktor utamanya adalah keseluruhan pantai-pantai tercemar dengan bahan buangan kapal-kapal yang melalui selat Melaka dan juga bungan dari kolam kumbahan najis babi yang terdapat di beberapa kawasan tepi pantai seperti di Lukut, Negeri Sembilan. Pembuangan sampah oleh pengunjung seperti bekas bungkusan makanan dan botol minuman menambah lagi kekotoran yang sedia ada.


pantai kotor malaysia


pantai kotor



Sekiranya anda bercadang untuk berkelah di pantai bersama keluarga pada cuti sekolah ini mana-mana pantai di sebelah barat Semenanjung, adalah elok jika anda memikirkannya semula sebaliknya pilihlah salah satu daripada 7 lokasi di atas walaupun kosnya agak tinggi sedikit.

Sekiranya kekangan anda adalah kos, pilihan kedua adalah berkelah di kawasan air terjun dan sungai. Cumanya anda mestilah berhati-hati untuk memilih lokasi kerana terdapatnya ancaman virus penyakit kencing tikus atau dalam bahasa sainstifiknya, leptospirosis yang boleh membunuh secara senyap. 

Pilihan ketiga atau yang terbaik adalah dengan melakukan "aktiviti perkelahan" dan bermandi di kawasan kolam renang yang kebersihannya sentiasa dipantau dan dibersihkan setiap hari. Anda boleh melakukannya dengan kos yang murah di homestay kami di USJ Subang Jaya.

Homestay kami yang beroperasi di Main Place Residence terkenal dengan 'infinity pool", kecantikan dan keindahan persekitarannya memang sesuai untuk perkelahan anda sekeluarga. Tiupan angin sepoi-sepoi di tingkat 8 bangunan ini menjadikan kolam renang ini beralun dan sedikit 'berombak' seakan-akan anda sedang bermandi di tepi pantai....dengan kedalaman 1.5 meter sahaja di keseluruhan kolam, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak apatah lagi bagi yang telah dewasa. Kolam renang ini juga menyediakan kawasan cetek yang dikhaskan untuk kanak-kanak. 


 infinity pool

Disamping itu, homestay ini juga menyediakan kemudakan lengkap 'serviced condo' dan juga shopping mall yang terletak di bahagian bawah kompleks bangunan ini. Shopping kompleks bertaraf 5 bintang ini berupaya memenuhi hampir semua keperluan anda sekeluarga daripada fesyen, buku, makanan, deko rumah, farmasi, permainan kanak-kanak dan juga gadjet elektronik.



Unit ini menyediakan kemudakan tempat tidur yang cukup selesa untuk 4-5 orang dewasa dan beberapa orang kanak-kanak. Anda tidak perlu untuk memandu jauh untuk bersama keluarga semasa cuti persekolahan ini di samping menjimatkan perbelanjaan.




1 comment:

  1. If you are looking for cheap homestay in Madikeri then IBNISPRING is the best place where tourists can stay at affordable price and also enjoy where activities there. It offers fishing, camping, hiking, trekking etc. Nature lovers can also enjoy natural waterfall inside IBNISPRING hotels in Madikeri. Contact at +91-8877118861 for more details.

    ReplyDelete