Thursday, 14 May 2015

Bahaya Kencing Tikus Di Air Terjun

Bahaya Kencing Tikus Di Air Terjun

Penyakit kencing tikus atau dalam bahasa sainstifiknya, leptospirosis boleh dikategori sebagai pembunuh senyap kepada manusia yang sukar dikesan pada peringkat awal tetapi boleh meragut nyawa tanpa memberi peluang kepada pesakit dan para doktor mengusahakan sesuatu untuk menyelamatkannya.

bahaya kencing tikus


Kematian dua artis tempatan, pelawak terkenal Allahyarham Din Beramboi dan penyanyi Allahyarham Izwan Pilus dikatakan akibat leptospirosis yang disyaki berpunda daripada kencing tikus pada tin minuman yang mereka minum. 

bahaya kencing tikus din beramboi


Tin minuman yang disimpan di dalam stor terdedah kepada pencemaran kencing tikus....cara yang terbaik adalah dengan membasuh tin atau kotak minuman sebelum meminumnya walaupun ianya kelihatan bersih semasa anda membelinya di kedai-kedai. 

minuman tin bahaya kencing tikus


Lebih menakutkan leptospirosis juga disahkan sebagai punca beberapa kes kematian di Pahang, Kedah dan Sabah selepas mereka ini berkelah di kawasan air terjun semasa cuti persekolahan.

Orang ramai yang merancang untuk memenuhi musim cuti persekolahan dengan aktiviti luar dinasihatkan agar berhati-hati. Ini kerana serangan penyakit berjangkit disebabkan bakteria leptospirosis atau kencing tikus bukan sahaja berlaku di kawasan yang kotor, tetapi di kawasan sungai atau air terjun.

Mereka yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti riadah di kawasan tersebut mempunyai risiko mendapat penyakit ini melalui air kencing yang disebarkan oleh haiwan-haiwan liar dan kebiasaannya adalah tikus. Dengan faktor cuaca musim panas ini, risiko terhadap penyakit ini lebih tinggi memandangkan haiwan-haiwan berkumpul di kawasan sungai dan air tawar.

bahaya kencing tikus air terjun sungai


Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan,  Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kawasan rekreasi berhampiran anak sungai dan air terjun boleh tercemar apabila sampah dan makanan yang ditinggalkan tidak dilupuskan dengan betul.

"Sampah-sampah itu menjadi sumber makanan untuk tikus dan haiwan lain. Najis dan air kencing daripada haiwan-haiwan ini akan memasuki sungai, seterusnya memberi kesan kepada mereka yang mandi atau bermain air di kawasan itu. K
awasan air tawar semula jadi juga boleh terdedah dengan penyakit ini." katanya.

Sekiranya anda bercadang untuk berkelah di kawasan sungai atau air terjun bersama keluarga pada cuti sekolah ini, adalah elok jika anda memikirkannya semula untuk keselamatan anda sekeluarga.

Jika anda tidak suka berkelah di tepi pantai yang memang diketahui tercemar dengan buangan najis khinzir dan bahan kimia daripada kapal yang melalui selat Melaka....pilihan yang terbaik adalah dengan melakukan aktiviti perkelahan dan bermandi di kawasan kolam renang yang kebersihannya sentiasa dipantau dan dibersihkan setiap hari.

Homestay kami yang beroperasi di Main Place Residence terkenal dengan 'infinity pool", kecantikan dan keindahan persekitarannya memang sesuai untuk perkelahan anda sekeluarga. Tiupan angin sepoi-sepoi di tingkat 8 bangunan ini menjadikan kolam renang ini beralun dan sedikit 'berombak' seakan-akan anda sedang bermandi di tepi pantai....dengan kedalaman 1.5 meter sahaja di keseluruhan kolam, menjadikannya sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak apatah lagi bagi yang telah dewasa. Kolam renang ini juga menyediakan kawasan cetek yang dikhaskan untuk kanak-kanak. 



Disamping itu, homestay ini juga menyediakan kemudakan lengkap 'serviced condo' dan juga shopping mall yang terletak di bahagian bawah kompleks bangunan ini. Shopping kompleks bertaraf 5 bintang ini berupaya memenuhi hampir semua keperluan anda sekeluarga daripada fesyen, buku, makanan, deko rumah, farmasi, permainan kanak-kanak dan juga gadjet elektronik.



Unit ini menyediakan kemudakan tempat tidur yang cukup selesa untuk 4-5 orang dewasa dan beberapa orang kanak-kanak. Anda tidak perlu untuk memandu jauh untuk bersama keluarga semasa cuti persekolahan ini di samping menjimatkan perbelanjaan.



No comments:

Post a Comment