Perkhidmatan HomeStay di USJ Subang Jaya
Pihak kami menyediakan perkhidmatan homestay di USJ Subang Jaya. Lokasi homestay kami adalah di Main Place Residence yang terletak di USJ 21 Subang Jaya. Main Place Residence adalah 'serviced Condo' yang dibangunkan bersama Main Place Shopping Mall yang terletak bahagian bawah bangunan.
Main Place Shopping Mall adalah kompleks membeli-belah yang bertaraf 5 bintang yang menyediakan perbagai perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan permintaan pengunjungnya. Bermula dari supermarket, fesyen, restoran & food court, kedai sukan, khidmat kesihatan & kecantikan, kedai buku, hobi & permainan sehinggalah kepada perkhidmatan emenitis.
Di antara "anchor tenants" di kompleks ini adalah seperti Jaya Grocer Supermarket, Cotton On, UniqLo, Popular Bookstores, Brands Outlet, Daiso, Mc Donald, Texas Chicken dan juga Starbucks.
Lokasinya terletak di USJ 21 Subang Jaya Selangor dan berhampiran susur keluar plaza tol USJ melalui Elite Highway dan Lebuhraya Damansara Puchong [LDP].
HomeStay Main Place USJ21 menyediakan unit dengan jumlah keluasan 600 kaki persegi yang mempunyai 2 bilik, di mana kedua-duanya di lengkapi dengan Queen Bed dan berhawa dingin.
Ruang tamu juga dilengkapi dengan unit hawa dingin dengan kemudahan TV dan pemain cekera padat. Ia juga dilengkapi dengan meja makan untuk 6 orang, peti sejuk, sterika, cerek elektrik dan 'water heater' di bilik mandi. Cukup selesa untuk 4 orang dewasa dan beberapa orang kanak-kanak.
Manakala kemudahan yang boleh diguna-pakai di Main Place Residence ini adalah seperti kolam renang, jakuzi, gymnasium, mini market, 'play ground kanak-kanak dan juga bilik komputer.
Di samping itu ia dilengkapi dengan kawalan sekuriti 24 jam dengan penggunaan 'access card' untuk ke tempat letak kereta dan Main Place Shopping Mall. Kondominium ini juga dilengkapi dengan CCTV yang dipasang di setiap lokasi strategik.
Hubungi kami untuk pertanyaan dan tempahan.
No comments:
Post a Comment