Wednesday, 3 December 2014

Mee Goreng USJ | HomeStay Terbaik USJ

Mee Goreng USJ | HomeStay Terbaik USJ


Bila bercerita pasal mee goreng mamak ni mesti terlintas di minda Mee Goreng Pokok Ceri di Butterworth, Pulau Pinang....mana tak nye, dah pusing satu Semenanjung, masih belum jumpa lagi mee goreng se"POWER" yang ada kat sini. Yang specialnya, bila dah siap goreng, mamak ni akan letak sambal sotong, daging & paru yang telah di masak berasingan kat atas mee tadi sebelum dihidang. Macam ni punya power, towkey kedai tak perlu "mandrem" untuk tarik pelanggan.....pelanggan beratur nak order sama macam nak makan nasi kandar kat Kudu Jalan TAR.



Yang tu cerita kat Penang, kat USJ pun ada juga mee goreng mamak yang delicious, cuma tak sehebat yang penang punya.....geng futsal USJ 10 panggil Mee Goreng Hussin Lempoyang, bila ditanya mana dapat nama tu, masing-masing pun tak de jawapan yang bernas....Hussin lempoyang ni bukan ke ada satu watak dalam salah satu filem arwah Tan Sri P Ramlee?

Satu persamaan antara keduanya ialah "pokok cheri"..... kat Penang nama kedai pokok cheri manakala kat USJ operasi perniagaannya kat bawah pokok cheri, guna lori je, kat situ la dia memasak sekali dengan tempat buat cendol dan lain-lain minuman....














Sekarang di samping beroperasi di sini, towkey mee goreng USJ ni dah buka restoran jual mee goreng dan lain-lain makanan di Jalan USJ 21/10 berhadapan dengan Main Place Shopping Mall. Walaupun kualiti dan rasanya tak berubah, aura dan persekitaran pokok cheri tetap menjadi pilihan peminat mee gorengnya walaupun persekitarannnya agak panas....



Restoran ini juga sering dikunjungi oleh tetamu menggunakan khidmat homestay kami yang beroperasi di Main Place Residence samada untuk makan tengah hari atau makan malam. Sekiranya anda memerlukan homestay yang selesa dengan harga yang berpatutan di kawasan USJ, anda boleh menghubungi kami di talian 016-229 6067.  







No comments:

Post a Comment