Mee Rebus Tulang di USJ
Dulu-dulu masa menyewa pejabat di Plaza Damas, Sri Hartamas sering juga makan mee rebus tulang kambing di Kedai Uncle Don tu....memang keenakkannya dan kelazatannya seolah-olah kita berada di Restoran ZZ yang terkenal di Johor Bharu. Namun sejak berpindah ke Shah Alam sejak 5 tahun lepas, belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Plaza Damas ni, apatah lagi nak menikmati mee rebus tulang kambing Uncle Don yang terkenal tu.....
Namun, baru-baru ni ketika hendak makan tengah hari di satu restoran di USJ 21 saya terpandang seseorang tengah menikmati mee rebus tulang ni dengan penuh perasaan. Apa lagi, tanpa berfikir panjang saya terus memesan makanan yang sama....hasilnya apa yang anda dapat lihat di atas. Ternyata kelazatannya dan keenakkannya tidak ubah seperti yang terdapat di kedai Uncle Don, Plaza Damas. Restoran yang dimaksudkan kenali sebagai Restoran Rivaayat...selain mee rebus tulang, restoran ini juga menyediakan menu makanan Melayu dan India dan memang sesuai untuk seisi keluarga.
Lokasi Restoran Rivaayat ni berdepan dengan sebuah shopping kompleks baru di USJ Subang Jaya yang di kenali sebagai Main PlaceShopping Mall yang mana di bahagian atasnya pula adalah 'serviced condominium' yang di kenali sebagai Main Place Residence.
Restoran ini juga amat diminati oleh ramai tetamu yang menggunakan khidmat homestay kami yang beroperasi di Main Place Residence ini untuk bersarapan dan makan malam. Sekiranya anda memerlukan homestay yang selesa dengan harga yang berpatutan di kawasan USJ, anda boleh menghubungi kami di talian 016-229 6067.