Friday, 5 December 2014

Surau Al-Madaniah USJ 18 | Homestay Main Place USJ 21

Surau Al-Madaniah USJ 18 | Homestay Main Place USJ 21 


Petang tadi ketika dalam perjalanan untuk balik ke Shah Alam, terdengar suara azan daripada handphone yang menandakan masuknya waktu solat asar....tanpa di sedari kereta ini terus sahaja menuju ke arah Surau Al-Madaniah  USJ 18 yang terletak lebih kurang 500 meter daripada Main Place Residence.

Semasa keluar daripada dewan solat, saya terpandang poster di papan kenyataan berkenaan cadangan pembinaan Masjid Al-Madaniah untuk menggantikan surau yang sedia-ada. Cadangan pembinaan dijangka menelan kos sebanyak RM15.7 juta lengkap dengan dewan solat, dewan serbaguna, pusat sumber, kafeteria dan kuaters pegawai masjid. Di sini saya lampirkan beberapa gambar yang saya ambil daripada laman sesawang almadaniah.com/masjid yang khas dibina untuk tujuan wakaf khas pembinaan masjid tersebut. 

wakaf almadaniah homestay main place usj21
Poster Wakaf Khas Pembinaan Masjid Al-Madaniah

Surau Al-Madaniah


Pelan Persfektif 
Masjid Al-Madaniah
Pelan Rekabentuk Masjid Al Madaniah Homestay Main Place USJ 21

Pelan Rekabentuk Masjid Al Madaniah Homestay Main Place USJ 21

Pelan Rekabentuk Masjid Al Madaniah Homestay Main Place USJ 21

Sesiapa yang di berikan Allah swt kelebihan rezeki bolehlah berwakaf untuk pembinaan masjid ini kerana harta yang kita infaqkan atau wakafkan itulah sebenarnya harta kita......yang di dalam simpanan itu belum pasti kita punya. Kepada sesiapa yang berhajat untuk berwakaf boleh sahaja terus singgah di surau ini yang menyediakan tabung wakaf yang "agak besar" di depan pintu utamanya.

Surau Al-Madaniah ini sebenarnya telah mendapat kebenaran daripada JAIS untuk mendirikan solat fardu Jumaat untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar USJ17, USJ18 & USJ20  dan mereka yang bekerja di USJ19 & USJ21.

Kemudahan ini sebenarnya merupakan suatu kelebihan kepada HomeStay Main Place USJ21 kerana memudahkan tetamu homestay kami yang ingin mengerjakan solat fardu Jumaat. Sekiranya anda memerlukan homestay yang selesa dengan harga yang berpatutan di kawasan USJ, anda boleh menghubungi kami di talian 016-229 6067. 



Wednesday, 3 December 2014

Mee Goreng USJ | HomeStay Terbaik USJ

Mee Goreng USJ | HomeStay Terbaik USJ


Bila bercerita pasal mee goreng mamak ni mesti terlintas di minda Mee Goreng Pokok Ceri di Butterworth, Pulau Pinang....mana tak nye, dah pusing satu Semenanjung, masih belum jumpa lagi mee goreng se"POWER" yang ada kat sini. Yang specialnya, bila dah siap goreng, mamak ni akan letak sambal sotong, daging & paru yang telah di masak berasingan kat atas mee tadi sebelum dihidang. Macam ni punya power, towkey kedai tak perlu "mandrem" untuk tarik pelanggan.....pelanggan beratur nak order sama macam nak makan nasi kandar kat Kudu Jalan TAR.



Yang tu cerita kat Penang, kat USJ pun ada juga mee goreng mamak yang delicious, cuma tak sehebat yang penang punya.....geng futsal USJ 10 panggil Mee Goreng Hussin Lempoyang, bila ditanya mana dapat nama tu, masing-masing pun tak de jawapan yang bernas....Hussin lempoyang ni bukan ke ada satu watak dalam salah satu filem arwah Tan Sri P Ramlee?

Satu persamaan antara keduanya ialah "pokok cheri"..... kat Penang nama kedai pokok cheri manakala kat USJ operasi perniagaannya kat bawah pokok cheri, guna lori je, kat situ la dia memasak sekali dengan tempat buat cendol dan lain-lain minuman....














Sekarang di samping beroperasi di sini, towkey mee goreng USJ ni dah buka restoran jual mee goreng dan lain-lain makanan di Jalan USJ 21/10 berhadapan dengan Main Place Shopping Mall. Walaupun kualiti dan rasanya tak berubah, aura dan persekitaran pokok cheri tetap menjadi pilihan peminat mee gorengnya walaupun persekitarannnya agak panas....



Restoran ini juga sering dikunjungi oleh tetamu menggunakan khidmat homestay kami yang beroperasi di Main Place Residence samada untuk makan tengah hari atau makan malam. Sekiranya anda memerlukan homestay yang selesa dengan harga yang berpatutan di kawasan USJ, anda boleh menghubungi kami di talian 016-229 6067.